Friday, March 16, 2012

"SyAiTaN.."

Bismillah...

Iblis Azazil, begitu namanya,
Daripada api asal kejadiannya,
Sombong, angkuh memang sifatnya,
Dendam, dengki adalah lagaknya..

Ajak manusia buat dosa matlamatnya,
Menggoda menghasut itulah kerjayanya,
Manusia ingkar menjadi sahabatnya,
Manusia bertaqwa jadi musuhnya..

Aduhai malang nasibnya,
Dilaknat Allah kerana degilnya,
Tidak mengaku Adam nabinya,
Maka dendam jadi misinya..

Amar ma'aruf nahi mungkar,
sama-sama kita tegakkan,
Iblis dan Syaitan tentulah sukar,
Untuk manusia disesatkan..

Tamak haloba hendaklah dijauhi,
kerana syaitan mudah menghasut,
Iblis dan Syaitan kita musuhi,
Agar kita tidak dihasut..

Kusandarkan doa dan harap pada Ilahi,
"Ya Allah, bantulah hamba-Mu",
Menentang makhluq yang dimusuhi,
Moga berjaya menuju Syurga-Mu..

-TAMAT-

No comments:

Post a Comment