Sunday, March 25, 2012

Sanggup Terjun Ke Dalam Neraka... (Bhg 1)

Bismillah
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


Adi Bin Hatim R.A meriwayatkan sebuah hadis Rasulullah SAW. Katanya, Baginda bersabda yang bermaksud:
"Tidak ada seorang pun antara manusia di akhirat kelak kecuali dia akan berhadapan dengan Allah SWT. Antara manusia dan Tuhan tidak ada jurubahasa (tidak ada pegawai protokol."
HR. MUSLIM

Pertemuan dengan Allah SWT di akhirat kelak adalah pasti, meskipun pertemuan itu dengan berbagai cara. Mukmin yang soleh bukan sahaja bertemu dengan Allah malah dapat menatap wajah Allah SWT. Bagi mukmin yang 'ashi (berbuat dosa), tetap bertemu dengan Allah, namun tidak dapat menatap wajah Allah, maka lebih2 lagi golongan yang kufur terhadap Allah.



Walau bagaimanapun mereka pasti bertemu dengan Allah SWT, malah pertemuan itu tanpa jurubahasa ataupun perantara. Yang dikatakan bertemu Allah itu adalah mereka pasti berhadapan dengan mahkamah Allah SWT. Di mahkamah tersebut tidak memerlukan malaikat bagi menjalankan tugas pendakwaan serta tidak memerlukan jurubahasa bagi menterjemahkan segala perbuatan keji kita dan kemungkaran yang manusia lakukan.

Bila difikirkan balik, baik juga kita ketahui akan keadaan di akhirat kelak. Moga2 aku dan kawan2 yang lain sedar betapa ketidakmampuannya kita di akhirat tanpa bantuan Allah. 

Macam mana nak bantuan Allah? Kita bantu Allah di dunia ini lagi..

Macam mana nak bantu Allah di dunia ini? Kita bantu Allah dengan menyebarkan Islam.. Menegakkan kalimah La Ilaha IllAllah... 

Go! Go! MUJAHID!

GO! GO! MUJAHIDAH!

Sayang kalin kerana Allah... ^____^

Friday, March 16, 2012

"SyAiTaN.."

Bismillah...

Iblis Azazil, begitu namanya,
Daripada api asal kejadiannya,
Sombong, angkuh memang sifatnya,
Dendam, dengki adalah lagaknya..

Ajak manusia buat dosa matlamatnya,
Menggoda menghasut itulah kerjayanya,
Manusia ingkar menjadi sahabatnya,
Manusia bertaqwa jadi musuhnya..

Aduhai malang nasibnya,
Dilaknat Allah kerana degilnya,
Tidak mengaku Adam nabinya,
Maka dendam jadi misinya..

Amar ma'aruf nahi mungkar,
sama-sama kita tegakkan,
Iblis dan Syaitan tentulah sukar,
Untuk manusia disesatkan..

Tamak haloba hendaklah dijauhi,
kerana syaitan mudah menghasut,
Iblis dan Syaitan kita musuhi,
Agar kita tidak dihasut..

Kusandarkan doa dan harap pada Ilahi,
"Ya Allah, bantulah hamba-Mu",
Menentang makhluq yang dimusuhi,
Moga berjaya menuju Syurga-Mu..

-TAMAT-

Wednesday, March 14, 2012

Dalil - Niat Yang ikhlas

Bismillah
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


Hari ini, 14 Mac 2012 (Rabu), Saya akan kongsikan 2 dalil iaitu dalil dari Al-Quran dan dalil dari Hadis berkenaan NIAT.. Kawan2 nak tahu x?


DALIL...AL-QURAN:
"Padahal, mereka hanya diperintah menyembah Allah, dengan ikhlas mentaati-Nya semata-mata kerana (menjalankan) agama, dan juga agar melaksanakan solat dan menunaikan zakat, dan yang demikian itulah agama yang lurus (benar).." (Surah Al-Baiyyinah, 98:5)


DALIL...HADIS:
Dari Amirul Mukminin Abi Hafsh Umar Bin Khattab r.a berkata, aku mendengar Rasulullah saw bersabda: "Sesungguhnya amal perbuatan itu disertai niat dan setiap orang mendapat balasan amal sesuai dengan niatnya. Barangsiapa yang berhijrah hanya kerana Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya itu menuju Allah dan Rasul-Nya. Barangsiapa hijrahnya hanya kerana dunia yang dia harapkan atau kerana wanita yang ingin dia nikahi, maka hijrahnya itu menuju apa yang dia inginkan." (H.R Bukhari dan Muslim) [Hadis Sahih)


Selamat beramal kawan2.. Sayang kalian kerana Allah... ^_____^



-TAMAT-

Friday, March 2, 2012

Kata-kata..

Bismillah
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Sewaktu berFB, aku terjumpa satu statement pada FB Sebelum Fajar... Statement-nya adalah seperti berikut:

"Ya Allah.. apa yang aku ada untuk persembah pada Kau, solat pun payah nak khusuk, syahadah cuma dalam solat, puasa cuma tahan lapar dahaga saja, zakat tak tahu lagi akan datang, bila aku kaya entah-entah aku lupa daratan, tanah haram tak jejak lahi.. Apa yang aku ada? Selawat jarang-jarang, Nabi nak ke pandang aku kat sana, syafaat ada tak untk aku? Apa jadi dengan aku hari ini? Cinta yang lain itu lagi besar dari cinta aku pada Allah dan Rasul-Mu.. Kalau aku berani pesan pada anak murid.. tak siap kerja rumah siaplah kamu!!!! Bagaimana Ya Allah, aku sendiri tak siap untuk berjumpa dengan-Mu.. Siaplah aku!!!"