Monday, December 24, 2012

SAYA MESTILAH MUSLIM DI SUDUT AQIDAH - part1

Bismillah...
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...

Rasa macam dah lama x update blog.. Rugi pula rasanya bila medium untuk penyebaran ilmu ini kurang digunakan saya... Padahal, jika digunakan untuk memberi sesuatu kepada masyarakat, sudah pasti akan ada kesannya pada masyarakat..

Entri kali ini, suka untuk saya kongsikan suatu ilmu dari suatu buku yang saya kira benar2 menggetarkan jiwa dengan tajuk buku itu.. "Apa Ertinya Saya Menganut Islam?"

Apa ertinya saya menganut Islam?

Apa ertinya anda menganut Islam?

Apa ertinya kawan2 menganut Islam?

.
.
.

Salah satu perkara dalam buku itu yang saya ingin kongsikan adalah SAYA MESTILAH MUSLIM DARI SUDUT AQIDAH... Untuk menjadikan aqidah saya BENAR-BENAR diiktiraf sbg aqidah seorang Muslim, salah satunya adalah :

Saya mestilah mengimani & meyakini bahawa PENCIPTA ALAM SEJAGAT INI IALAH ALLAH. Dia x perlu kepada pertolongan sesiapa pun untuk mencipta alam ini.. Buktinya, lihatlah sekeliling anda.. dengan keindahan alam-Nya.. keindahan makhluq-Nya.. kesempurnaan seluruh alam.. Allah Maha Bijaksana dengan pentadbiran-Nya terhadap alam ini...




"Sekiranya ada di langit dan di bumi tuhan-tuhan selain Allah, tentulah keduanya itu telah rosak binasa, maka Maha Suci Allah yang mempunyai arasy daripada apa yang mereka sifatkan."
(Al-Anbiyaa' : 22)

Jika ada banyak tuhan, pasti berlaku huru hara.. "Aku nak buat alam macam ni.. Aku nak buat alam macam tu.." bergaduhlah tuhan2 itu.. rosak binasa alam ini...

-WALLAHU  A'LAM-