Monday, October 31, 2011

Ekspo Buku Islam 2011...

Bismillah..
Dengan Nama Allah..

Pada 30hb Oktober 2011- sampai je aku di KL.. Tup2 ikhwah ajak pegi Ekspo Buku Islam.. Kat mane tempatnya itu? KL Sentral.. Tarikh TAMATnya Ekspo itu pada hari ni.. (1 NOV 2011).. Masih sempat kepada sesiapa yang ingin mendapatkan buku2 islam dengan potongan harga 10% - 50%.. cepat2 la ke sana.. hari ini juga.. hehe.. 9 pagi - 9 malam...






Kebetulan pada hari Ahad ari tu, ada sesi bedah buku novel terbaru Ustazah Fatimah Syarha.. Apa lagi memang duk depan sekali la.. Novel terbarunya itu bertajuk "Sebarkan Cinta-Mu".. Ciri- ciri novel tersebut:



TAJUK : Sebarkan Cinta-Mu
PENULIS : Fatimah Syarha Mohd Nordin
M/S : 874 ms
HARGA ASAL : RM 31.00
HARGA SELEPAS % : RM 28.00
TERBITAN : PTS LITERA UTAMA. SDN. BHD.
KOMEN PERIBADI : Jenis novel Feminism.. Sarat dengan ilmu dan fakta2 yang semua lelaki di dunia ini, Islam atau tidak perlu ketahui termasuk wanita juga.. Senang citer, semua orang di dunia ini perlu tahu akan ilmu2 dan fakta tersebut.. Salah satu fakta dari novelnya itu, "POLIGAMI BUKAN SUNNAH!"... Jeng.. jeng.. jeng.. Nak tahu lebih lanjut.. better BELI.. MEMILIKI.. dan BACA..

Sebelum balik sempat la mintak autograf ustazah dan borak ringan dengan ustazah.. hehe..


Link2 yang ada kaitan dengan ekspo:





-TAMAT-

Wednesday, October 19, 2011

Rukun Islam & Rukun Iman...

Bismillah...
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..

Entry kali ini hanyalah sekadar untuk peringatan diri saya dan kawan-kawan yang lain.. Bimbang lupa.. Lebih-lebih lagi kalau saya yang lupa.. Sama-sama kita peringatkan..

RUKUN ISLAM...
Rukun Islam ertinya tiang yang saling memerlukan & melengkapi untuk menegakkan Islam dengan sempurna. Rukun Islam itu ada 5 PERKARA:
  1. Mengucap 2 kalimah Syahadah.
  2. Mendirikan solat 5 waktu sehari semalam.
  3. Menunaikan zakat.
  4. Puasa pada bulan Ramadhan.
  5. Mengerjakan haji ke Masjidil Haram/Baitullahil-Haram bagi yang berkemampuan.

RUKUN IMAN...
Tidak dikategorikan seseorang itu beriman dengan sebenarnya jika dia tidak menerima secara bersungguh-sungguh atau hanya mempercayai sebahagian daripada rukun iman & menolak sebahagian yang lain. Sesiapa yang menolak sebahagian atau meragui sebahagian daripada rukun iman bererti dia menolak keseluruhan rukun iman. Ini yang dikatakan sebagai [6-1=0].. haha.. Rukun Iman itu ada 6 PERKARA:
  1. Percaya kepada Allah.
  2. Percaya kepada Malaikat.
  3. Percaya kepada kitab-kitab.
  4. Percaya kepada rasul-rasul.
  5. Percaya kepada hari kiamat.
  6. Percaya kepada Qada' & Qadar.

-TAMAT-

Sunday, October 16, 2011

HIMPUNAN SEJUTA UMAT! HADIRKAN DIRI ANDA UNTUK ISLAM...

Bismillah...
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...


Seperti yang kawan-kawan sedia maklum atau yang belum mendapat berita, 22 Oktober 2011 ini akan berlangsung Himpunan Sejuta Umat di Stadium Shah Alam. Himpunan yang cuba untuk mensasarkan lebih 1 juta orang Islam untuk berhimpun ini akan bermula pada jam 2 petang dan dijadualkan tamat pada jam 6 petang. Berikut adalah objektif Himpun Sejuta Umat ini:


Apa yang kita mahu capai dalam Himpunan Sejuta Umat ini ?

1. Untuk menerangkan kedudukan perkara yang sebenarnya tidak seperti yang digembar-gembur melalui media.

2. Mengukur tahap kesatuan dan semangat kekitaan dikalangan orang Islam khasnya terhadap gerak-kerja Kristianisasi termasuk peristiwa 3 Ogos 2011.

3. Memberitahu rakyat perlunya persoalan aqidah ditangani melalui hujah agama bukan dibiarkan berlarutan menjadi modal politik.

4. Menserlahkan Institusi Raja yang menjadi payung Bangsa Melayu dan Islam dalam hal peranan mereka dalam sama-sama menangani isu yang menyentuh sensitiviti orang Melayu Islam di negara ini.

5. Menzahirkan kekuatan aqidah dan keimanan masyarakat Islam sambil memberi amaran tentang bahaya yang akan menimpa negara ini seandainya isu ini terus dieksploitasi.

6. Menyedarkan rakyat tentang wujudnya peruntukkan dalam Perlembagaan dan undang-undang negeri yang tidak mengizinkan mana-mana pihak mengganggu-gugat kesucian Islam serta tindakan mendakwahkan agama selain daripada Islam kepada orang Islam.

video


-TAMAT-

Friday, October 14, 2011

10 Langkah Mewujudkan Keyakinan Diri...

Bismillah...
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...

Perkongsian daripada sahabat saya, Tuan Hafizullah Tuan Yunus..

Kadang kala, kita sebagai manusia selalu merasa kurang yakin dengan diri kita. Apatah lagi bila berhadapan dengan kelompok manusia yang kita rasakan masih terlalu asing bagi kita. Biasanya, kita akan cuba mengelak dengan mengatakan kita tidak mampu melaksanakan sesuatu kerja tersebut. Justeru itu, di sini Tuan Hafizullah berikan beberapa tips dan petua untuk kita tingkatkan keyakinan diri.

PETUA 1:
"Anggaplahdiri anda diciptakan Allah sama seperti orang lain. Orang lain boleh buat, kenapa anda tidak boleh buat?"

PETUA 2:
"Apa-apa kekurangan/ kelemahan yang ada pada diri anda, anda perbaiki."

PETUA 3:
"Jangan takut-takut dan teragak-agak untuk melakukan sesuatu yang positif."



PETUA 4:
"Elakkan perasaan malu yang tidak bertempat."

PETUA 5:
"Lakukan riadah yang ringan sebelum melakukan sesuatu pekerjaan. Riadah ini sebagai 'warm up' dan dapat mengaktifkan diri seseorang."

PETUA 6:
"Kemaskan diri & anggaplah diri adalah yang terbaik pada hari itu."

PETUA 7:
"Apabila berinteraksi, pandang tepat pada muka dan mata orang yang kita sedang berinteraksi dan gunakan sedikit pergerakan tangan untuk menerangkan sesuatu. Jangan terlalu kaku."



PETUA 8:
"Apabila memulakan sesuatu tugas, jangan memikirkan masalah. Tetapi fikirkan hasil yang diperoleh selepas tugas tersebut dilaksanakan."

PETUA 9:
"Sentiasa peka pada waktu. Jangan berlengah-lengah atau bertangguh dalam melaksanakan sesuatu tugas."

TUGAS 10:
"Berdoa kepada Allah supaya dipermudahkan setiap urusan seharian kita."

Insya Allah, anda akan dapat menilai betapa berharganya diri anda.
Sesungguhnya anda ialah insan yang mulia dan cemerlang.
Insan yang mulia dan cemerlang mempunyai potensi dan setiap potensi harus diusahakan untuk mendapatkan hasilnya.. (^^,)

-TAMAT-

Anak_Monyet_Yang_Dalam_Kesusahan...

Bismillah...
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...

Pada suatu hari, seekor anak monyet sedang mencari makanan di dalam hutan. Setelah puas berjalan, akhirnya ia ternampak sepohon pokok mangga. Pokok mangga itu terletak di tepi sungai. Ia memanjat pokok mangga itu. Tiba-tiba ia ternampak setangkai buah mangga yang sudah masak di hujung dahan itu.

"Wah, buah-buah mangga itu nampak masak ranum!" Kata anak monyet.


Dahan itu terlalu kecil dan amat mudah patah. Anak monyet pun memanjat dahan itu dengan berhati-hati. Apabila ia hampir dengan tangkai buah mangga itu, ia pun menghulurkan tangannya untuk memetik buah mangga itu. Tiba-tiba dahan itu patah. Anak monyet terjatuh ke dalam sungai.

"Tolong! Tolong!" Jerit anak monyet yang ketakutan itu.

"Tolong! Saya tak tahu berenang!"

Pada masa yang sama, seekor gajah sedang melalui kawasan itu. "Pak Cik Gajah, tolong saya! Saya tak tahu berenang!" Jerit anak monyet.

"Tolong keluarkan saya! Saya hampir lemas!"

"Apakah yang kamu buat di dalam sungai itu?" Tanya gajah.

"Tolong keluarkan saya dulu!" Kata anak monyet.

"Kemudian, awak boleh tanya apa-apa pun!"

"Tidak! Awak perlu berjanji dengan saya yang awak mesti belajar berenang terlebih dahulu sebelum awak bermain di dalam sungai!" Kata gajah.



"Baiklah, saya janji!" Kata anak monyet.

"Pak Cik gajah, cepat selamatkan saya!"

Anak monyet kelihatan semakin lemah.

"Tunggu dulu, saya akan tunjukkan awak..." kata gajah.

Belum pun sempat gajah habis berkata-kata, anak monyet telah pun tenggelam. Ia mati lemas di sungai itu.

MORAL:
"Jika kamu ingin menolong seseorang, lakukan dengan segera dan jangan berlengah."

-TAMAT-

Sunday, October 9, 2011

Menabung... (^^,)

Bismillah...
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..

"Syaitan menjanjikan (menakutkan) KEMISKINAN kepada kamu dan menyuruh kamu berbuat keji (kedekut), sedangkan Allah menjanjikan ampunan & kurnia-Nya kepadamu. Dan Allah Maha Luas, Maha Mengetahui." (2:268)

Rasanya sudah lama aku tidak menulis... Post terakhir berkenaan Tok Ayah masuk ICU.. Alhamdulillah sekarang dah beransur sihat..

Aku nak kongsi mesej aku dengan sahabat yang disayangi..

SAHABAT:
"Aku ada satu tips nak share ngan hang.. x tau la ia berguna ke x.. nak x?"

AKU:
"Mestilah nak.. Lebih-lebih lagi dari hang.. (^^,)"

SAHABAT:
"Tips ni daripada Dr. Muhaya.. Tips serampang 2 mata.. Dapat menabung duit.. & tambah keinsafan.."

AKU:
"Macam mane? Aku macam x berapa faham je dengan mesej ko tu.."

SAHABAT:
"Beli satu tabung.. Setiap kali hang buat 4M, hang kene masukkan RM1 dalam tabung tu.. Apa itu 4M?? Mengeluh.. Menyesal.. Mengumpat.. lagi satu apa ntah.. Sat aku cuba ingat balik..."

SAHABAT:
"Merungut.. Mengeluh.. Menyesal.. Mengumpat.. Setiap kali dilakukan 4 benda negatif ni dalam minda or hati hang.. Hang kene masukkan RM1 dalam tabung.. Faham x?"

SAHABAT:
"Dan bila dah cukup sebulan, hang tengok hasilnya.. Berapa kali hang buat benda negatif ni dalam hidup hang.. Dah berapa banyak hang rugi? Dah berapa banyak hang buat dosa.. Tapi dalam masa yang sama.. Hang boleh menabung jugak^^, ... OK x tips ni?"

AKU:
"Hang nak start bile? Kite start sama2.."

SAHABAT:
"Aku start hari ni.. Hehe.. Tapi aku letak 50 sen bagi setiap kesalahan aku.. Coz aku ada TABUNG PALESTIN.. Setiap hari aku menabung RM1.."



AKU:
"K2.. Insya Allah.. Aku nak start ari ni jugak..  Aku nak start 2 tabung.. Satu TABUNG 4M.. Satu lagi TABUNG PALESTIN.. Mungkin aku perlu waktu untuk ikhlaskan diri dengan amalan baharu ini.."

SAHABAT:
"Pehe... Yang Palestin tu.. Jika bukan niat hang.. jangan..."

AKU:
"Kalo x start sekarang nak ikhlaskan hati, nak start bile?"

SAHABAT:
"Hang mengeluh ya tadi? Sila masukkan RM0.50 dalam tabung 4M.... ^^,"

Apa pandangan anda semua? Semua orang nak masuk syurga bukan? Semua orang nak dapat redha Allah bukan? Tepuk dada tanya iman.. (n_n)...

-TAMAT-