Wednesday, March 14, 2012

Dalil - Niat Yang ikhlas

Bismillah
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


Hari ini, 14 Mac 2012 (Rabu), Saya akan kongsikan 2 dalil iaitu dalil dari Al-Quran dan dalil dari Hadis berkenaan NIAT.. Kawan2 nak tahu x?


DALIL...AL-QURAN:
"Padahal, mereka hanya diperintah menyembah Allah, dengan ikhlas mentaati-Nya semata-mata kerana (menjalankan) agama, dan juga agar melaksanakan solat dan menunaikan zakat, dan yang demikian itulah agama yang lurus (benar).." (Surah Al-Baiyyinah, 98:5)


DALIL...HADIS:
Dari Amirul Mukminin Abi Hafsh Umar Bin Khattab r.a berkata, aku mendengar Rasulullah saw bersabda: "Sesungguhnya amal perbuatan itu disertai niat dan setiap orang mendapat balasan amal sesuai dengan niatnya. Barangsiapa yang berhijrah hanya kerana Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya itu menuju Allah dan Rasul-Nya. Barangsiapa hijrahnya hanya kerana dunia yang dia harapkan atau kerana wanita yang ingin dia nikahi, maka hijrahnya itu menuju apa yang dia inginkan." (H.R Bukhari dan Muslim) [Hadis Sahih)


Selamat beramal kawan2.. Sayang kalian kerana Allah... ^_____^



-TAMAT-

No comments:

Post a Comment