Saturday, June 25, 2011

Sifat Pemaaf Sifat Terpuji

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang



Amin dan Muaz bersahabat baik. Mereka berdua belajar di dalam kelas yang sama. Mereka saling bantu membantu. Di dalam kelas mereka, ada seorang budak lelaki yang selalu mengganggu mereka. Namanya Azmi. Azmi suka mencuri barang-barang mereka seperti pensel, pembaris, pen, dan lain-lain. Namun, Amin dan Muaz selalu bersabar dengan Azmi.



Pada suatu hari, mereka ternampak Azmi duduk sendirian di pondok bacaan. Mukanya muram. Amin dan Muaz datang lalu menegurnya. Azmi masih tertunduk diam.



"Azmi, apa yang berlaku?" Soal Amin.



"Saya sangat lapar. Saya tak ada duit untuk membeli makanan," jawab Azmi.



Azmi dan Muaz bersimpati kepadanya. Mereka berdua mengajak Azmi makan bersama-sama di kantin sekolah.



"Saya malu kepada awak berdua. Saya selalu mencuri barang-barang awak."


"Tak mengapalah Azmi, saya dah lama maafkan awak. Janganlah malu dengan kami. Asalkan awak dah insaf, kami sudah bersyukur," Amin cuba memujuk.



"Marilah kita makan bersama-sama," ajak Muaz sambil menarik tangan Azmi. Azmi hampir menitiskan air mata.



"Maafkan saya. Saya berjanji tak akan mencuri lagi."



Mereka bertiga pun sama-sama ke kantin sekolah. Mulai hari itu, mereka bertiga menjadi sahabat yang paling akrab.



MORAL :

"Sifat pemaaf adalah sifat yang terpuji.. Rasulullah kita Nabi Muhammad SAW juga seorang yang pemaaf. Nama Allah pun Maha Pemaaf.. Tak mahukah kita mencontohi sifat Rasulullah SAW? Sahabat2 yang mulia, kenapa kita tidak mahu atau sukar untuk maafakan orang lain? Pecayalah sahabat2 yang mulia, pada Hari Kebangkitan nanti, sesungguhnya kita juga mengharapkan kemaafan dari Allah..
-Farhan-

No comments:

Post a Comment