Monday, June 20, 2011

IKHLASKAN NIAT KITA...

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Sahabat2 yang dirahmati Allah sekalian..

Masih belum terlambat untuk ana mengucapkan Selamat Memulakan Sesi Pembelajaran bagi pertengahan tahun 2011 kepada semua Bakal Sang Pencerah (Guru) di Malaysia.. Tidak lupa juga kepada adik2 junior yang baharu sahaja selesai mendaftarkan diri untuk menjalankan Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan.. (Lupa sebenarnya nama panjang PPISMP, nasib baik ade HAFIZ THE ROCK)

Gambar Ihsan dari Senior Acap..

Sahabat-sahabat yang mulia..
Ana ingin berpesan pada diri yang hina ini dan sahabat2 yang lain agar membetulkan NIAT dalam kita menuntut ilmu.. Moga2 dengan niat kita yang ikhlas kerana Allah mudah-mudahan menjadi ibadah kepada kita..

Apa niat kita datang di IB ni?
  1. Kerana nak jadi Guru..
  2. Kerana kerja konpem dapat..
  3. Kerja guru x berat sangat..
  4. Datang IB kerana wanita atau lelaki yang kita minati..
  5. Kerana permintaan ibu bapa..
  6. Kerana minat untuk menjadi guru..
  7. Kerana untuk mendapat keredhaan Allah..
Jikalau niat sahabat2 sekalian adalah jawapan nombor 7, Alhamdulillah.. tetapi jika jawapan adalah berlainan dari nombor 7 dan tidak ada langsung nombor 7, ada something wrong yang x kena dalam diri kita.. 

Hadis 1 dalam Hadis 40.. Tulisan Imam Nawawi...

Maksud secara kefahamannya:
Amirul Mukminin Abi Hafsh Ummar Bin Khattab r.a. berkata, aku mendengar Rasulullah saw bersabda, "Sesungguhnya amal perbuatan itu disertai niat dan setiap orang mendapat balasan amal sesuai dengan niatnya. Barangsiapa yang berhijrah hanya kerana Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya itu menuju Allah dan Rasul-Nya. Barangsiapa hijrahnya kerana dunia yang dia harapkan atau kerana wanita yang ingin dia nikahi, maka hijrahnya itu menuju yang dia inginkan. (HR Bukhari & Muslim)

Ana juga nak kongsi 1 mesej sahabat ana yang ana kagumi juga keperibadiannya.. Nampak ringkas tapi ape mesej penting dalam soalan yang secotet itu? Fikir-fikirkanlah..:
"Kita fikir balik dalam diri kita.. apa yang kita aim sebenarnya datang ke IB?"

Jadi, ape yang boleh kita amalkan?
  1. Bila keluar dari bilik/ asrama/ rumah sewa menuju ke tempat belajar, niatkan dalam diri kita untuk "Mencari Keredhaan Allah.. Ikhlas kerana Allah.."
  2. Baca Doa.. Paling x pun baca Basmillah..
  3. ISTIQAMAHkan 2 amalan mudah di atas.. Insya Allah.. Saya boleh amalkan.. Sahabat2 yang saya sayangi pun turut mampu untuk mengamalkannya.. Tekadkan diri..(^^,)

-TAMAT-

4 comments:

  1. Terima kasih, Farhang atas peringatang!

    ReplyDelete
  2. amboi.. aku sek besut.. kecek kok klate..

    ReplyDelete
  3. insyaAllah...semoga apa yg baik dapat kita praktikkan...

    ReplyDelete