Monday, May 2, 2011

"SeDeQah SuZie..."

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..


Kalo dulu ana bercerita pasal saudara kita, Aliff Asyraf.. Kali ni ana nak bercerita pasal seorang saudara kita jugak.. Namanya NUR SUZIEYANI BINTI MOHD DAHLAN... Beliau merupakan bakal guru BM hasil tuaian IPG KBM..




Ringkas cerita, mesej ana dgn diri beliau..

Pehe:
"Suzie, aku kat pasar ni.. nak pape x?"

Suzie:
"Xnk pape.. Cume tolong sedeqahkan RM1 pada setiap peminta sedeqah kat situ boleh? Nanti bagitau aku, berapa jumlahnya.. Aku bayar balik.."


Sahabat2 yang mulia.. X jeles ke dengan Si Suzie ni..


"Perumpamaan orang yang menginfaqkan hartanya di jalan Allah seperti sebutir biji yang menumbuhkan 7 tangkai, pada setiap tangkai ada 100 biji. Allah melipat gandakan bagi siapa yang Dia kehendaki & Allah Maha Luas, Maha Mengetahui.." (2:261)


"Orang yang menginfaqkan hartanya di jalan Allah, kemudian tidak mengiringi apa yang dia infaqkan itu dengan menyebut-nyebutnya & menyakiti (perasaan penerima), mereka memperoleh pahala di sisi Rabb mereka. Tidak ada rasa takut pada mereka & mereka tidak bersedih hati.." (2:262)


Pengajaran dari Ayat2 Cinta Dari Allah:
  • Infaq harta pada jalan Allah akan digandakan pahalanya.
  • Infaq harta tanpa mengukit, Allah lebih suka..


Ape lagi sahabat2 yang mulia.. Ayuh kita infaqkan harta yang kita ada sama ada dengan kadar kuantiti yang banyak mahu pun sedikit.. Asalkan kita ikhlas & istiqamah melakukannya.. Barulah dinamakan amal soleh..

1 comment: