Tuesday, May 3, 2011

Erat Silaturrahim...

Bismillah...

Mengeratkan tali silaturrahim sesama kita dituntut dalam Islam.. Berusahalah menjadikan diri kita seorang yang mementingkan silaturrahim..

Berjabat tangan ketika bertemu.. Rasulullah SAW menganjurkan umatnya apabila bertemu dengan saudara mara atau sahabat handai cepat-cepatlah berjabat tangan..



Memberi senyuman ketika bertemu.. Ketika berjabat tangan, senyumlah sebagai tanda anda gembira menemuinya..



Berdoa untuk saudara atau kawan2.. Jangan mengingati mereka ketika perlu sahaja.. Doakanlah kebaikan, kesejahteraan, perlindungan sebagaimana anda berdoa untuk diri anda..



Sabda Rasulullah SAW : "Barang siapa bertaqwa kepada Allah SWT & membina tali silaturrahim, nescaya umurnya akan dipanjangkan, wangnya akan bertambah & keluarganya akan mencintainya.." (H.R. Bukhari)

No comments:

Post a Comment