Tuesday, February 10, 2015

Yeaa!! Ustaz Baharu

Bismillah
Dengan Nama Allah
Yang maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


"Tut! Tut!"

"Tut! Tut!"

"Hello! GB, selamat petang. Kenapa GB?" Sambil melihat Si CC di tepi dengan senyuman.


"Han, boleh ka esok datang PPD Tambunan, sekitar jam 8.30pg, 8.45pg?"

"Kenapa GB?" Dengan rasa ingin tahu.

"Datang saja.."


***

Sampai di sana, aku disambut GB di pintu masuk bangunan tersebut. Gementar juga masuk ke sana kerana aku mengenakan jaket kuning berlabel UMS, bersarung tangan memandu, berseluar slack hitam, dan berkasut sukan. Hehe..

"Han, nanti bawa pulang ustaz ya balik Tiong."

"Krik.. krik.. krik.."

"Ustaz J-Qaf! Ada ustaz baharu datang sekolah kita. Nanti bawa dia pulang."

"Hahaha..." Ketawa kecil dengan hati yang berbunga-bunga.. Akhirnya, ada kawan la aku.. Haha..


***

Ya.. Benar.. Ada ustaz baharu dipostingkan di SK Tiong Widu... Aku juga sangat mengharapkan seorang ustaz hadir di sana..


Banyak persoalan yang aku mahu dia jelaskan jawapannya..
Banyak ilmu yang aku mahu dia ajarkan darinya..
Banyak pengalaman yang aku mahu cedok darinya..
Dari dirinya..
Si Ustaz Abdullah Bin Ab. Rahman..

Moga kedatangan Si Ustaz menjadi asbab kepada perubahan diriku ke arah yang lebih baik..


Terima Kasih Ya Allah...


-TAMAT-

1 comment: