Monday, July 2, 2012

Pemergian Tuan Haji Zakaria


Bismillah..
Dengan Nama Allah...

Tuan Haji Zakariah Mohd Idrus telah kembali ke rahmatullah pada pagi Isnin 2 Julai 2012.. Semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan para solihin...

Jenazah Tn Haji telah disembahyangkan di Surau IPG Kampus Bahasa Melayu pada pukul 10.30 dan seterusnya disemadikan di perkampungan Tn Hj, Kg Assam Jawa, Kuala Selangor...

Banyak kenangan bersama arwah... main futsal bersama2.. Program bersama2.. Borak sama2.. Baling tepung sama2... hmm..

"Teringat ketika arwah tidak mahu menerima sesen pon setelah diberikan kepadanya kerana kereta ALZA beliau digunakan untuk mengambil sejadah baharu untuk Surau At-Taqwa..." Kata Muhaimin (Bekas Studen IB)









Namun kawan2.. Ingatlah.. Kita pun bakal mengekori arwah menuju bertemu dengan Allah.. Itu pasti.. Ampunkan Arwah Ya Allah.. Ampunkan Kami Ya Allah..

Saya juga nak kongsikan karya seorang teman iaitu Mohamad Muhaimin..



Tribut Buat Sang Otai Warden Asrama

Tika dulu,
Beliau adalah seorang yang merendahkan diri,
Menyantuni para pelajar tanpa mengira darjat,
Ruang berjumpa dengannya sentiasa terbuka luas,
Urusan dipermudahkan,
Pelajar diutamakan...

Tika menjawat jawatan otai asrama,
Beliau merupakan figur anak muda,
Kelibatnya menyelinap ruang asrama,
Walau bukannya pada ketika waktu rasmi,
Bukti keprihatinan beliau kepada Penghuni Bangunan 13 tingkat itu...

Beliau tidak seperti insan lain,
Melakukan kerja untuk mengharapkan nama,
Agar dipandang mulia oleh pengurusan tertinggi,
Mencerca, memaki, melenting, menghina,
Bukan cara kerja beliau...

Ketika insan lain sibuk mengunci,
Merantai objek yang digunakan untuk bergerak ke sana sini,
Tanpa memikirkan balasan di kubur nanti oleh Maha Pencipta,
Beliau dengan tenang memberi nasihat,
Tutur kata beliau menyenangkan hati semua pihak...

Kini,
Beliau sudah tidak ada lagi di dunia ini ketika Ramadhan menghampiri,
Namun, semangat dan cara kerjanya sentiasa dikenang,
Bersemadilah dirimu dengan tenang,
Di alam sana,
Moga Syurga tempat bersemadimu,
Buat Sang Pendidik,
Juga mantan otai bagi seantero warden asrama,
Semulia hatimu.. Semulia namamu...

Al-Fatihah...
12: 20 a.m, 2 Julai 2012

No comments:

Post a Comment