Tuesday, April 12, 2011

Terima Kasih Alif.."

Bismillah..


Sudah lama rasanya x tulis pape pun.. sibuk dengan assigment.. banyak2.. mungkin terasa sibuk dengan kerja disebabkan diri hina ini kurang menyibukkan diri untuk bersama Allah.. (Solat Berjemaah.. Baca AQ.. Istighfar.. Selawat.. Mathurat.. Dhuha.. Tahajud.. Puasa sunat..) Ampunkan dosa hamba-Mu ini.. Hamba malu nak meminta kepada-Mu, Ya Allah..

Syukur kepada Allah.. kerana mengurniakan daku seorang sahabat yang baik.. selalu mendoakan kawan2nya.. menasihati kawan2nya.. mengajak buat baik..

Dikala IMANku down semalam.. Jemaah isya' ntah ke mana.. AQ ntah ke mana.. Alif datang ke bilik..


Alif:
"Assalamu'alaikum.. Pehe.. sihat? Ganggu ke?"


Aku:
"Wa'alaikummussalam.. alif.. alhamdulillah.. sihat.. x ganggu pun.."


Alif:
"Aku nak tanye ni pehe? Aku datang nak konpemkan cara solat yang betul dengan ko.. yang macam ustaz UIA cakap time kuliah maghrib aritu.. Aku nak ajar adik2 aku.."


(Pandai alif memulakan perbualan..)


Aku:
"Cuba ko tunjuk.. nanti aku semak.."


(10 minit kemudian.. aku bagi buku "sempurna Solat pad Alif untuk rujukannya..)


Aku:
"untuk maklumat tambahan, amik buku ni.. Rujuk.. Aku pun bukan tahu sangat.. dalam mod belajar lagi aku ni.."


Alif:
"K la pehe.. Aku bukan ape.. ye la.. mane la tau kita solat tunggang terbalik selama ni.. tapi rupa2nya salah.. takut jugak.. sbb tu aku rase nak blajar balik.. Dengar ceramah ustaz aritu.. banyak ilmu baru aku dapat.. lengkap dengan dalil ustaz tu bagi.."


Aku:
"Aku pun belajar jugak lip.."


Alif:
"Eh pehe.. tu serban tu.. apasal x pakai? Pakai la.."


Aku:
"aku malu la Alip.. Aku bukan baik pun.. nanti ape orang kata.."


Alip:
"Eh, pehe xleh gitu.. kita pakai kerana nak ikut sunnah.. hiraukan ape orang kata.. Kita buat ni kerana kita sayang Rasulullah.. Turun berjemaah pun sebab kita sayang Rasulullah.. Baca Aq pun sebab kita sayang Rasulullah.. Kasihan Rasulullah dulu2.. Nak sebarkan Islam.. Sampai ikat perut baginda dengan batu2.."


Aku:
"..........."



Diam seribu bahasa.. Teguran itu biasanya bersifat membina.. Kerana apa yang tidak kita sedar kadang2 orang sudah sedar terlebih dahulu.. Persepsi kita lain.. Persepsi orang lain.. 


"Terima kasih alip.."

No comments:

Post a Comment