Bismillah...
Dengan Nama Allah, Aku Menulis...
Hmm.. Post kali ni, aku teringin menceritakan sejarah penubuhan sekolahku ini.. SK Tiong Widu..
Sumber rujukanku adalah hasil perbualan aku dengan guru-guru sekolah ini dan masyarakat di kawasan ini. (Kg. Pialungan, Kg. Tiong, dan Kg. Widu)
Sumber rujukanku yang lain adalah seperti dokumen-dokumen bercetak yang ada di sekolah ini..
Enjoy guys.. ^__^
Tak kenal.. maka tak cinta.. huhu.. ^__^
Sekolah
Kebangsaan Tiong Widu, sebuah sekolah yang terletak di Bahagian Utara Daerah Tambunan dan Daerah Ranau. Jarak
lokasi sekolah ini dari Pekan Tambunan adalah 58km (Rujukan dari JKR). Kedudukan sekolah terletak
di puncak bukit yang mempunyai ketinggian lebih 1000 kaki dari aras laut. Jalan
yang menghubungkan sekolah ini dengan jalan raya utama adalah jalan yang tidak
berturap.
Murid-murid
terdiri daripada 3 buah kampung sekitar iaitu Kampung Pialungan, Kampung Tiong
dan Kampung Widu. Jarak lokasi sekolah dengan kampung tersebut adalah seperti
berikut:
Sek - Kg. Pialungan: 4km
Sek - Kg. Tiong: 0.5km
Sek - Kg. Widu: 8km
Sekolah
ini mempunyai Asrama Desa yang mula beroperasi sejak tahun 2012 dan berkapasiti
seramai 50 orang murid.
Sekolah
ini telah diasaskan oleh tiga orang yang berpengaruh ketika itu. Tiga orang
yang terlibat dalam penubuhan sekolah ini ialah Ketua Kampung Tiong, En. Dubis
Dunggukan, Ketua Kampung Pialungan, En. Sarudin Bandayan dan Ketua Kampung
Widu, En. Dami Giwad.
Mereka
telah berbincang untuk menubuhkan sebuah sekolah untuk anak-anak kampung mereka
mendapat pendidikan dan seterusnya mengajukan permohonan secara lisan melalui
Pejabat Daerah Tambunan kerana pada ketika itu belum ada penduduk di kawasan
ini yang pandai menulis.
Sekolah
ini mula dibina pada tahun 1973 dan dibuka dengan rasminya oleh En. Mohd
Affandi J. Angkangon, Pegawai Pelajaran Ibu Pejabat Kota Kinabalu bagi pihak
Pengarah Pelajaran Sabah pada 20 Julai 1974.
Pada 09 Jun 1980, sekolah ini telah didaftarkan
secara rasmi kepada Jabatan Pelajaran Sabah melalui sijil Ruj:JPS/PSS/REN/0221
oleh Encik Mohd Hussein
Bin Ahmad, Pengarah Pelajaran Sabah.
Sedikit sebanyak, awok-awok semua dah tahu pasal sekolah teman ni.. huhu.. Terima kasih warga-warga sk tiong widu.. Sayang kamu semua.. love you.. ^__^
-TAMAT-