Wednesday, December 30, 2015

Sejarah SK Tiong Widu

Bismillah...
Dengan Nama Allah, Aku Menulis...

Hmm.. Post kali ni, aku teringin menceritakan sejarah penubuhan sekolahku ini.. SK Tiong Widu..

Sumber rujukanku adalah hasil perbualan aku dengan guru-guru sekolah ini dan masyarakat di kawasan ini. (Kg. Pialungan, Kg. Tiong, dan Kg. Widu)

Sumber rujukanku yang lain adalah seperti dokumen-dokumen bercetak yang ada di sekolah ini..

Enjoy guys.. ^__^


Tak kenal.. maka tak cinta.. huhu.. ^__^

Sekolah Kebangsaan Tiong Widu, sebuah sekolah yang terletak di Bahagian Utara Daerah Tambunan dan Daerah Ranau. Jarak lokasi sekolah ini dari Pekan Tambunan adalah 58km (Rujukan dari JKR). Kedudukan sekolah terletak di puncak bukit yang mempunyai ketinggian lebih 1000 kaki dari aras laut. Jalan yang menghubungkan sekolah ini dengan jalan raya utama adalah jalan yang tidak berturap. 


Murid-murid terdiri daripada 3 buah kampung sekitar iaitu Kampung Pialungan, Kampung Tiong dan Kampung Widu. Jarak lokasi sekolah dengan kampung tersebut adalah seperti berikut:
Sek - Kg. Pialungan: 4km
Sek - Kg. Tiong: 0.5km
Sek - Kg. Widu: 8km


Sekolah ini mempunyai Asrama Desa yang mula beroperasi sejak tahun 2012 dan berkapasiti seramai 50 orang murid.


Sekolah ini telah diasaskan oleh tiga orang yang berpengaruh ketika itu. Tiga orang yang terlibat dalam penubuhan sekolah ini ialah Ketua Kampung Tiong, En. Dubis Dunggukan, Ketua Kampung Pialungan, En. Sarudin Bandayan dan Ketua Kampung Widu, En. Dami Giwad.


Mereka telah berbincang untuk menubuhkan sebuah sekolah untuk anak-anak kampung mereka mendapat pendidikan dan seterusnya mengajukan permohonan secara lisan melalui Pejabat Daerah Tambunan kerana pada ketika itu belum ada penduduk di kawasan ini yang pandai menulis.


Sekolah ini mula dibina pada tahun 1973 dan dibuka dengan rasminya oleh En. Mohd Affandi J. Angkangon, Pegawai Pelajaran Ibu Pejabat Kota Kinabalu bagi pihak Pengarah Pelajaran Sabah pada 20 Julai 1974.


Pada 09 Jun 1980, sekolah ini telah didaftarkan secara rasmi kepada Jabatan Pelajaran Sabah melalui sijil Ruj:JPS/PSS/REN/0221 oleh Encik Mohd Hussein Bin Ahmad, Pengarah Pelajaran Sabah.


Sedikit sebanyak, awok-awok semua dah tahu pasal sekolah teman ni.. huhu.. Terima kasih warga-warga sk tiong widu.. Sayang kamu semua.. love you.. ^__^

-TAMAT-