Monday, May 21, 2012

Borak Santai Bersama Habib Mahdi

Bismillah..
Dengan Nama Allah..

Semalam, 20 mei 2012 (Ahad), pada pukul 9.30 malam, Habib Mahdi datang ke surau at-Taqwa.. Tujuannya adalah satu.. Ukhwahfillah..

Habib bercakap menggunakan Bahasa Arab dan sekali sekala menggunakan bahasa Inggeris dan bahasa Melayu.. Nasib baik ada penterjemah.. Barangkali anak muridnya.. Berikut adalah apa yang berjaya saya catatkan hasil daripada perbualan santai bersama Habib dan kawan2 yang lain... Ringkasan sahaja.. Nak bagi penerangan, panjang sangat.. ^__^

"Allah sangat suka kepada Muslim yang kuat.." Kuat di sini katanya lagi ialah seorang Muslim yang bersemangat.. Mesti semangat dalam melakukan kebaikan.. mesti semangat menghadapi ujian.. mesti semangat menduduki exam.. Tetiba, teringat akan seseorang yang pernah menyatakan dia kurang semangat untuk hadapi exam.. Mungkin ini ubat baginya dan kawan2 sekalian.. Moga-moga....


Tip Dari Habib Nak Hadapi Exam:

1. Secara Batin:
Kita mesti sentiasa bersangka baik dengan Allah.. Kalau hadapi exam, mesti yakin kita boleh jawab.. mesti yakin jawapan kita betul.. Mesti yakin Allah tolong kita.. Barulah Allah akan tolong kita.. Semangat mesti tinggi..

2. Secara Zahir:
A - Study dari awal lagi.. Jangan malas2..
B - Study pada masa yang sesuai.. Waktu yang sesuai untuk study adalah selepas subuh dan sebelum tidur.
C - Sentiasa menolong kawan2 kita mengulangkaji pelajaran.. Jangan kedekut ilmu.. Kata Habib, jika kita ingin hebat daripada kawan2 kita yang lain, kita kene bantu kawan2 kita jadi hebat.. Barulah Allah akan tolong kita juga untuk jadi hebat.. Kalau kita tolong kawan kita, Allah akan tolong kita..


Soalan2 Dari Kawan2 kita:

SOALAN 1 - Habib, macam mana nak elak rasa MALAS?
JAWAPAN: Ada 2 cara.. Secara Batin, kita mesti sentiasa fikirkan kesan atau ganjaran yang kita dapat hasil kalau kita rajin? Kalau secara Zahir pula, kita mesti MUJAHADAH melawan nafsu malas itu..

SOALAN 2 - Habib, ada kawan kita nak TIRU kita semasa exam.. Perlu tolong x?
JAWAPAN : Kalau tiru bukan exam la jawapannya.. Kalau kita tolong dia, bermakna kita membantunya berbohong dengan hasil yang akan dia perolehi.. Kalau nak tolong pun, tolong sebelum exam.. Tolong kawan2 ulang kaji pelajaran yang dia kurang faham..

SOALAN 3 - Pastu, kalau kita TAK BAGI TIRU, nanti kawan2 cakap kita kedekut.. Xnak tolong kawan..
JAWAPAN : Aku boleh tolong mu sebelum exam.. Kalau dah exam, aku xleh tolong dah.. ni prinsip aku.. Moga2 kawan2 faham.. Kata hidup berkawan.. ^___^

SOALAN 4 - Macam mana nak bang awal solat subuh?
JAWAPAN : Niatkan pada hati untuk bangun awal..Mintak kawan2 yang bangun awal kejutkan kita.. tidur awal jika tiada urusan.. Yang paling penting mintak pada Allah kita nak bangun awal..

Tu je la.. Selamat beramal..
Sayang kalian kerana Allah...

3 comments: